Saturday, November 29, 2008

Evolution…just like the dinasour

Assalamualaikum

Ni ayat aku petik dari filem Matrix dibisikkan oleh Agent Smith ketelinga Morpheus semasa dalam tahanan. Jadi semua orang yang hidup pernah merasa perubahan. Yang sekolah tinggi atau pun tidak atau dah sekolah tinggi tapi masih berfikiran macam budak sekolah menengah. Sukakan hiburan, suka belagak otai tapi depan awek leleh beb…“Saya sebenarnya baik tapi saje suke tunjuk jahat” Bagus..inilah kot yang die faham apa yang Rasullullah SAW tuntut. Maaf agak emosi.

Jadi fokus aku kali ini ialah tentang kebebasan berfikir. Apakah yang korang faham tentang kebebasan berfikir? Mungkin ramai tak nak ambik tahu sebab yang lebih main stream nye zaman sekarang ni ialah kebebasan bersuara. “Freedom of speech” sape tak suka berkata-kata sesuka hati tapi barang diingat…

Hadith Riwayat Tarmizi
Hadasani Abi dari Jaddi dari Abi Ghuroiroh berkata Abi Ghuroiroh ditanya Rasullullah SAW: "Dari lebih banyak apakah apa-apa yang memasukkan pada manusia dalam syurga?” Barsabda Rasullullah SAW: “Takwa kepada Allah SWT dan baiknya budi pekerti dan ditanya dari banyaknya apa-apa perkara yang memasukkan manusia ke neraka. Bersabda Rasullullah: “Mulut dan kemaluan"

Makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap. Berhati-hatilah dengan lisan. Dan jauhilah zina kerana ia adalah seburuk-buruknya jalan.

DR. Mohd. Asri Zainul Abidin dalam temuramah beliau dalam Utusan Malaysia 28 Nov yang lalu ada menyentuh tentang kebebasan berfikir ini. Ada yang tak kenal siapa beliau? Standard la tu Mufti siapa nak kenal….aku pun tak kenal siapa Mufti Selangor. Oh shame on me…Beliau adalah mantan Mufti negeri Perlis dan sekarang beliau adalah seorang pensyarah Pengajian Islam di USM. Petikan dari temuramah tersebut:

Dalam sejarah kegemilangan Islam mencatatkan Imam Abu Hanifah lahir denga ketokohannya. Kemudian lahir pula Imam Malik. Tidak pernah umat Islam pada ketika itu mempertikai siapa Imam Malik? Kemudian lahir pula Imam Shafie yang menuntut dengan Imam Malik yang turut memberikan pandangan berbeza-beza. Tidak pernah juga Umat Islam ketika itu mempertikaikan mangapa Imam Shafie mahu memberikan pandangan sedangkan mereka sudah ada Imam Malik. Malah umat Islam ketika itu juga tidak pernah menyatakan semua sarjana itu salah. Bahkan mereka mengatakan semua sarjana itu memakmurkan dunia Islam dengan pemikiran mereka.

Di Malaysia, masalah yang besar ialah apabila golongan agama kadang-kadang tidak tahu sesuatu perkara tetapi mengambil tindakan berani dengan melarang orang lain berfikir. Apabila mereka memberi pendapat dan orang lain bertaya seolah-olah dijawab “jangan bertanya, barang siapa bertanya maka lemahlah imannya.”

Sedangkan dalam Al-Quran sendiri pun menekankan kepentingan bertanya seperti suroh al-Baqaroh ayat 219 yang bermaksud

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) menganai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.” Apakah yang mereka belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “(Dermakanlah) Allah menerangkankepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.”

Kemudian kita pula menegaskan Islam itu adalah agama Ilmu, agama yang menyuruh umatnya menuntut ilmu dan agama yang membela ilmu. Dimana sebanarnya? Kita tidak pernah kenal Islam versi yang seperti ini pada zaman Nabi Muhammad SAW. Malainkan nabi mangharamkan soalan-soalan bodoh, soalan-soalan yang tidak ada manfaat. Tapi benda yang member manfaat dibenarkan.


Begitulah adanya petikan temuramah dengan DR. Mohd. Asri Zainul Abidin dalam Utusan Malaysia jumaat lepas. Ada juga beliau memberikan komen tentang fatwa Yoga. Kata beliau “Bila orang lain bagi pandangan dalam isu yoga misalnya, tetapi pandangan itu juga berasaskan alasan-alasan yang munasabah, kita boleh memakmurkan medan pemikiran ilmiah. Orang akan melihat keterbukaan Islam dan tokoh-tokoh Islam bila berbincang masing-masing mengemukakan alasan dan fakta yang bernas. Yang menjadi masalahnya apabila kita membuat keputusan, sesiapa pun tidak boleh menyanggah keputusan itu. Tidaklah kita sentiasa menghalang pandangan kedua. Kalau pandangan pertama itu salah bagaimana?.

Perbincanagan ilmiah yang makmur dalam bentuk bermanfaat dan harmoni patut digalakkan. Baru orang bukan Islam (Buddha,Hindu dll) melihat Islam itu hebat, semua pemikirnya memberi pandangan dari sudut kematangan ilmiah.

Begitulah tadi idea beliau. Aku sangat suka. Ingatlah perbincangan ilmiah bukan berdebat cari salah cari pemenang. Tapi kita menyelongkar gedung ilmu supaya tersuluh kebenaran dalam kekalutan pandangan para manusia yang pelbagai gaya fahaman dan pegangannya.

Hadith Riwayat Ibnu Majah
Hadasana Hisham ibnu Umar sana Haofsu ibnu Sulaiman sana Kastiru ibnuShinthir dari Muhammad bin Sirin dari Anas ibnu Malik bersabda Rasullullah SAW: "Mancari ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang muslim!"


Semua tahu kepentingan mencari ilmu tak payah nak diterangkan lagi namun pada era moden ini adalah menjadi salah ideolaogi bahawa ilmu itu dituntut supaya untuk mudah mendapat kerja. Memanglah ilmu-ilmu disekolah itu semua menjadi bekalan dan persiapan untuk menempuh alam pekerjaan. Namun adakah ini ilmu yang dituntut oleh Rasullullah SAW.

Penjelasannya seperti dibawah.

Hadith Riwayat Abu Daud
Hadasana Abdurrohman ibnu Ziyad dari Abdirrohman ibnu Rhofie’qittannukhi dari Abdillah ibnu Umar ibnu A’s sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda nabi: "Ilmu itu 3 perkara dan apa-apa selain demikian itu tiga maka ia selain keutamaan Ayat-ayat yang menghukumi atau sunnah yang tegak atau ilmu pembahagian harta waris yang adil.”


Jika dirujuk pada hadith ini maka jelaslah bahawa ilmu-ilmu agama bukanlah hak milik eksklusif orang-orang agama. Ilmu-ilmu dari tafsir Al-Quran, hadith-hadith Rasullullah SAW dan Faroid sebenarnya merupakan sesuatu yang essential dalam kehidupan seorang muslim.


Marilah saudara-saudara menganjakkan pemikiran kearah keterbukaan berbatas. Aku di sini bukan sebagai penghukum, sekadar menyatakan pendirian dan ideaku semata-mata.Kebenaran kita singkap dan kekurangan kita baiki…

Barakallahufikum.

Aku Confirm Syurga….


Assalamualaikum

Alangkah bongkaknya jika ada manusia fikir macam tu. Ketahuilah sesungguhnya syurga itu milik Allah dan tidak ada kuasa yang membolehkan kita masuk ke dalamnya melainkan dari rahmat Allah. Aneh orang zaman sekarang cukup solat,puasa dan rukun Islam yang lain-lain dirasakn cukup untuk masuk syurga. Tapi tu pun kire ok lagi yang kaki romen, todi, judi dan segala-gala dosa besar lagi ha tu lagi dahsyat berpegang pada Islam dalam IC je dia yakin dengan sepenuhnya bahawa akan masuk syurga juga dia akhirnya. Mungkin…tapi ingatlah Allah Maha memegang janji. Setiap dosa ada cara bertaubatnya dari semudah-mudah beristighfar sampai la direjam sampai mati.

Tapikan Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang? Memang tapi kalau nak diampunkan nah Allah dah bagi caranya. Dah taubat baru dapat pengampunanNya. Sebagai renungan bersama kita para mukmin&mukminat aku cube senaraikan parkara-perkara yang boleh menjurumuskan kita kedalam neraka atau menghindarkan kita dari masuk syurga.

Hadith Riwayat Muslim kitab Al-iman Jilid 1
Dari Ibrohim An-najaie’ dari Alkhomah dari Abdillah bin Masuo’d dari Nabi saw. Bersabda baginda: "TIDAK AKAN MASUK pada syurga orang yang ada didalam hatinya seberat semut hitam dari sifat sombong berkata seorang lelaki sesungguhnya orang lelaki itu suka jika ada apabila pakaian yang baik dan dan capal yang baik Bersabda baginda: sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah suka suka pada yang cantik adapun sombong itu menolak barang Haq dan maremehkan manusia !"

Ada pun barang Haq itu adalah hukum-hukum dari Allah dan Sunnah-sunnah Rasullullah. Manakala maremahkan manusia adalah menolak nasihat-nasihat yang berlandaskan Al-Quran dan hadith yang disampaikan oleh sesiapa pun tidak eksklusif hanya pada golongan-golongan ustat atau ulamaq sahaja.

Hadith Riwayat Nasaie’
Aqhbarona Umar ibnu Ali berkata Umar menceritakan Yazid ibnu Zuraiq berkata Yazid manceritakan Umar ibnu Muhammad dari Abdillah ibnu Yasar dari Salim ibnu Abdillah dari Abih berkata Abih Bersabda Rasullullah S.A.W: "3 Golongan TIDAK AKAN melihat siapa Allah yang maha mulia lagi maha Agung pada mereka 3 golongan pada hari kiamat Orang yang melawan pada kedua orang tuanya dan orang perempuan yang menyerupai lelaki dan orang yang dayus(melihat orang membuat dosa tetapi membiarkan sahaja) DAN 3 golongan TIDAK AKAN MASUK mereka kedalam syurga orang yang melawan kedua orang tuanya dan orang yang membiasakan atas arak dan orang yang mengungkit-ungkit dengan apa yang telah memberi siapa orang itu."


Adapun perintah dari orang tua itu Wajib kita turuti namun barang di ingat sebarang perintah yang tidak berlandaskan Quran dan Hadith dan berunsur maksiat gugur kewajipan untuk ditaati. Sebagai contoh seorang gadis ingin dijodohkan dengan seorang lelaki Ibu dan bapa harus Istiqraroh kepada Allah terlebih dulu. Jadi perintah dikeluarkan tidak berdasarkan syariat maka akan hadir unsur syak dalam diri ibu bapa dan juga anak gadis tersebut. Islam tidak menganjurkan perbuatan “GAMBLE” besar risikonya. Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan telah menggariskan 5 kriteria utama umat Islam yang berkualiti:

1) Mu’ahadah

2) Muraqabah

3) Muhasabah

4) Mu’aqabah

5) Mujahadah

Untuk keterangan lebih lanjut tentang terma-terma diatas bolehlah cari Berita Harian 20 Oct 2008 atau cari kat internet je.

Hadith Riwayat Tarmizi

Hadasana Ibnu Abi Umar dan Nosru ibnu Ali dan Saie’d ibnu Abdirrohman berkata Abdirrohman menceritakan Sufian dari Zuhri dari Muhammad ibnu Khubair ibnu Mutie’m dari Abih berkata Abih Bersabda Rasullullah S.A.W: "TIDAK AKAN masuk pada syurga orang yang memutus”. Berkata Ibnu Abi Umar berkata Sufian: “Bahawasanya yang dimaksudkan oleh Rasullullah memutus pada keluarga”


Keluarga itu adalah asas struktur masyarakat bukan sahaja dalam Islam malahan mana-mana Negara di seluruh dunia ni. Tapi biasa kita lihat terutama dalam filem Hindustan yang mudah memutuskan ikatan kekeluargaan hanya kerana si anak berkahwin dengan wanita yang tidak berkenan di hati kedua orang tua si hero. Nauzubillah…terkadang tidak sedar pengaruh televisyen itu menusuk masuk kejiwa kita. Lantas timbul rasa penerimaan dan kenormallan terhadap perihal memutuskan tali kekeluargaan yang hakikatnya TIDAK BOLEH diterima lansung.

Hadith Riwayat Tarmizi

Hadasana Ahmad ibnu Muniq menceritakan Yazid ibnu Harun menceritakan Shodakoti ibnu Musa dari Farkhodassabahiyyi dari Murrthotthoyyibi dari Abi Bakar As-Siddiq dari Nabi S.A.W bersabda baginda: "TIDAK AKAN masuk pada syurga orang yang menjadi batu api dan tidak akan masuk kedalam syurga orang yang mengungkit-ungkit dan tidak akan masuk kedalam syurga orang yang kedekut. ”


Kedekut ini adalah dalam perbuatan-perbuatan ibadah seperti bershodakoh, infaq, zakat dan sebagainya. Dan bukannya suka membeli barang murah atau berkira-kira dalam hal berbelanja. Kalau salah teguran amat di alu-alukan.

Banyak lagi hadith-hadith yang aku nak taruk tapi masa agak suntuk. Di masa depan aku akan update. Semua orang nak masuk syurga tapi kalau difikirkanlah secara logik buat perbandingan amalan-amalan kita dengan para sohabat, tabiin tabiahum dan para pejuang agama yang TULEN sungguh jauh berbeza sekali. Itu pun masih berjuta-juta yang belum confirm syurganya. Ala boleh la dieorang orang zaman dulu…betul tapi barang diingat kaum yang berfikiran begitu sesungguhnya telah termaktub agam Islam in sesuai sepanjang zaman. Jadi adakah anda nak menolak barang HAQ dan jadi golongan seperti hadith pertama tadi?..Yang kita kejar keredhaan Allah S.W.T amalan tidak menjamin syurga tapi cuma bukti ketakwaaan kita pada Yang Maha Esa. Jika terus berfikiran umpama katak bawah tempurung maka jangalah menyesal bila di hari kiamat nanti destinasi anda seterusnya ialah tempat yang panas dan penuh siksa.


Aku di sini bukan sebagai penghukum, sekadar menyatakan pendirian dan ideaku semata-mata.Kebenaran kita singkap dan kekurangan kita baiki…

Barakallahufikum.

Waduh….Aku butuh bangat sih…

Assalamualaikum,


Soalan keperluan dan kemahuan sering menjadi pertikaman lidah antara dua pihak. Memanglah keperluan seseorang itu tidak sama dengan keperluan orang lain. Namun apabila keinginan atau kemahuan melampau menguasi fikiran maka akan terhasillah satu mind set rekaan mengabui pendirian aku bagi gelaran keperluan emosi. Sebenarnya mudah sahaja membezakan keperluan dan keinginan.

Semua orang tidak boleh memahami pemikiran orang lain secara total. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi di lubuk hati anak Adam. Jadi kita jangalah mudah nak membuat judgement bahawa seseorang itu membuat sesuatu berdasarkan kemahuan. Mustahil aku boleh bagi satu guide line nak bagi tahu mane keperluan dan mana kehendak. Tapi for me personally soalan aku senang sahaja soalan tentang value@nilai.

Nilai perbuatan@tindakan disisi Tuhan Yang Maha Esa. Sebagai umat Islam ketahuilah Islam itu bukan amal ibadat wajib sahaja bahkan tidur,makan, bersetubuh,buang air,tengok tv dan lain-lain semua boleh jadi ibadah harus kalau kena gayanya. Biasa soalan keperluan dan kemahuan ni timbul dimasa pembelian sesuatu barang. Semua orang ada hujah nak memiliki sesuatu tapi bagi aku…aku suka berfikiran tentang apa barang itu boleh bagi pada aku?..jawapan biasa ialah kepuasan. Barang diingat kepuasan ialah perasaan maka aku tak boleh menggantungkan keputusan aku berdasarkan perasaan.

Tak salah nak cari kepuasan tapi barang diingat konsep kepuasan hidup itu dari mana asalnya. Rasullullah SAW ialah seorang tidak pernah menjamah makanan yang lebih lazat selain dari sepotong roti beserta dengan daging. Itu sahaja. Bandingkan dengan kita…..ala boleh la dia nabi. Bagus pandai menjawab. Memang nabi ada keistimewaan baginda namun naluri manusia Rasullullah SAW tetap sama. Kerana sebab itulah baginda makan, berkahwin, sakit dan lain-lain sama seperti kita-kita. Kalaulah salah satu mukjizat Nabi SAW ialah mampu untuk menahan diri dari makanan yang lazat-lazat aku rasa zaman sekarang banyak la orang di Dafur, Somalia dan Palestin yang ada mukjizat. WOW!!!

Jadi kembali ketopik asal Rasulluh SAW merupakan role model teragung bagi kita semua orang Islam. Jika disebut tentang kepuasan hidup maka sepatutnya kita mengambil teladan dari cara baginda hidup lalu diterapkan semampu kita pada zaman penuh pancaroba ini. Adakah tidak terasa kepuasan dalam diri kita mengetahui aku berusaha mencontohi kehidupan Rasullullah. Bagi kaum hawa contoh kehidupan isteri-isteri baginda sangat-sangat perlu diambil iktibar.

Kepuasan itu subjektif. TIDAK pada aku ianya objektif. Apakah tujuan hidup?

“Dan Aku Allah tidak menjadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadat kepadaku.”

Surah Al-Zariyat(suroh51). Ayat 056

Jika hidup kita sahaja sudah ada goal, tujuan dan objektif yang jelas masakan perasaan kita boleh kita nilai perasaan sebagai perkara yang subjektif. Jelaslah itu fikiran orentialis barat yang mengagung-agungkan kehidupan dunia yang dicanang-canangkan jika terlepas peluang maka rugi selama-lamanya.

Hebat…tanpa sedar aku pun berdekad lamanya terpedaya.Sesungguhnya Allah itu Tuhan yang Maha Mengetahui. Sedangkan doa lupa baca doa sebelum makan pun ada inikan pula perkara yang lebih kritikal lagi.

“Dihiasi bagi manusia suka kepada beberapa keinginan dari perempuan dan beberapa anak dan beberapa harta yang dikumpulkan dari emas dan kuda yang dihiasi dan beberapa ternakan dan tumbuhan. Demekian itu kesenanagan kehidupan dunia dan Allah disisinya sebaik-baik tempat kembali”

Surah Ali-Imron(suroh02). Ayat 014

Dari ayat diatas jelas manusia ada kehendak manusia ada obsesi melampau terhadap perkara-perkara diatas. Ini tidak boleh disangkal kerana ini adalah ayat dari Allah jika ada Nauzubillahhiminzalik.

Jadi aku sendiri tak payah poyo bagi perempuan memang cair baik punye. Jadi apa pendinding @ perisai yang aku ada nak tahan dari godaan-godaan itu. Itulah namanya iman. Aku tak cakap aku kuat iman tapi aku berusaha mempertahankan iman.

Bagi wanita pula keinginan pertama mungkin la tak kena tapi aku cetek ilmu jadi jangan pandai-pandai nak tukar maksud ayat tu pulak. Memang jelas disebut dalam ayat itu “An-nisa” yang bermaksud perempuan. Bagi kaum hawa kita straight trus ke keinginan ke2 iaitu anak. Tak dinafikan mereka sangat sayang pada anak lihat sahaja ibu-ibu kita. Tapi ingatlah amaran dari Rasullullha SAW

Hadis Riwayat Thobroni

Bersabda Rasullullah SAW: "Musuhmu bukanlah seseorang yang jika membunuh mu maka kau masuk syurga (orang-orang kafir dimadan perang) tetapi musuhmu (yang paling besar) adalah anakmu yang keluar dari tulang rusukmu dan harta yang kamu miliki"


Maaf hadith aku tak jumpe sanadnye. Dalam Al-Quran juga banyak diberi peringatan tentang perlunya berhati-hati dalam mencurahkan kasih sayang terhadap anak. Jika para pembaca ada jumpa sila forward pada saya.


Berbalik pada ayat suroh Al-Imron tadi disebut perihal tentang kuda yang dihiasi. Keterangan yang aku terima dari guru aku ialah maksudnya kenderaan. Sape tak suke kete dan moto beso?. HA jangan nak lawan ni ayat dari Allah SWT. Lihatlah betapa agungnya kuasa Tuhan sesungguhnya dia Maha Mangetahui lagi Maha Bijaksana.

Jadi begitulah adanya keputusan tentang keperluan dan kehendak ni terpulang pada individu kerana ia merupakan toleransi atau timbang tara antara manfaat pada pemakainya dan nilai pada Tuhan yang maha Esa. Ingatlah sesungguhnya diakhirat kelak kita akan ditanya dari maha harta kita datang dan untuk apa kita menggunakannya.

Aku di sini bukan sebagai penghukum, sekadar menyatakan pendirian dan ideaku semata-mata.Kebenaran kita singkap dan kekurangan kita baiki…

Barakallahufikum.

Muqaddimah


Friday, November 28, 2008



Assalamualaikum,

Bismillahirrohmanirrohim,


Aku insan hina banyak berdosa. Ilmu cuma sekelumit usha pun sedikit. Usia makin tua bekalan masih sebegitu cuma…aku mohon terhindar dari azab neraka. Tidak ada upadaya & kuasa selain dari Yang Maha Esa. Hidup bukan untuk diri kita bukan juga untuk keluarga apatah lagi untuk si dia dan si dia.

Blog ni sebagai pandangan peribadi aku melalui pengalaman sepanjang hidup di atas bumi dan aku landaskan berdasar ilmu-ilmu dari ayat-ayat hukum dan sunnah yang tegak. Insyaallah..Aku tak pandai berkata-kata apatah lagi menulis karya agung. Cuma ada rasa dan idea yang nak dikongsi sama-sama.

Aku dapat idea pun dari rakan seperjuangan. Bukan nak cari popular tapi nak tinggalkan pesan takut-takut umur dah tak mengizinkan. Pasti ada bertanya kenapa baru sekarng nak bersuara?. Aku pun ada malas macam manusia biasa tapi musibah yang melanda memberi aku satu sumber tenaga yang membuak-buak. Rugilah kalau aku alirkan mengikut hawa nafsu dan amarah aku. Jadi aku cuba hasilkan sesuatu yang positif untuk semua.

Aku berbahasa bukan cari nama

Aku menulis bukan tunjuk power

Aku pun Islam hanya sekadarnya

Wasiat Rasullullah S.A.W wajib aku laksana