
Assalamualaikum
Alangkah bongkaknya jika ada manusia fikir macam tu. Ketahuilah sesungguhnya syurga itu milik Allah dan tidak ada kuasa yang membolehkan kita masuk ke dalamnya melainkan dari rahmat Allah. Aneh orang zaman sekarang cukup solat,puasa dan rukun Islam yang lain-lain dirasakn cukup untuk masuk syurga. Tapi tu pun kire ok lagi yang kaki romen, todi, judi dan segala-gala dosa besar lagi ha tu lagi dahsyat berpegang pada Islam dalam IC je dia yakin dengan sepenuhnya bahawa akan masuk syurga juga dia akhirnya. Mungkin…tapi ingatlah Allah Maha memegang janji. Setiap dosa ada cara bertaubatnya dari semudah-mudah beristighfar sampai la direjam sampai mati.
Tapikan Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang? Memang tapi kalau nak diampunkan nah Allah dah bagi caranya. Dah taubat baru dapat pengampunanNya. Sebagai renungan bersama kita para mukmin&mukminat aku cube senaraikan parkara-perkara yang boleh menjurumuskan kita kedalam neraka atau menghindarkan kita dari masuk syurga.
Hadith Riwayat Muslim kitab Al-iman Jilid 1
Dari Ibrohim An-najaie’ dari Alkhomah dari Abdillah bin Masuo’d dari Nabi saw. Bersabda baginda: "TIDAK AKAN MASUK pada syurga orang yang ada didalam hatinya seberat semut hitam dari sifat sombong berkata seorang lelaki sesungguhnya orang lelaki itu suka jika ada apabila pakaian yang baik dan dan capal yang baik Bersabda baginda: sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah suka suka pada yang cantik adapun sombong itu menolak barang Haq dan maremehkan manusia !"
Ada pun barang Haq itu adalah hukum-hukum dari Allah dan Sunnah-sunnah Rasullullah. Manakala maremahkan manusia adalah menolak nasihat-nasihat yang berlandaskan Al-Quran dan hadith yang disampaikan oleh sesiapa pun tidak eksklusif hanya pada golongan-golongan ustat atau ulamaq sahaja.
Hadith Riwayat Nasaie’
Aqhbarona Umar ibnu Ali berkata Umar menceritakan Yazid ibnu Zuraiq berkata Yazid manceritakan Umar ibnu Muhammad dari Abdillah ibnu Yasar dari Salim ibnu Abdillah dari Abih berkata Abih Bersabda Rasullullah S.A.W: "3 Golongan TIDAK AKAN melihat siapa Allah yang maha mulia lagi maha Agung pada mereka 3 golongan pada hari kiamat Orang yang melawan pada kedua orang tuanya dan orang perempuan yang menyerupai lelaki dan orang yang dayus(melihat orang membuat dosa tetapi membiarkan sahaja) DAN 3 golongan TIDAK AKAN MASUK mereka kedalam syurga orang yang melawan kedua orang tuanya dan orang yang membiasakan atas arak dan orang yang mengungkit-ungkit dengan apa yang telah memberi siapa orang itu."
Adapun perintah dari orang tua itu Wajib kita turuti namun barang di ingat sebarang perintah yang tidak berlandaskan Quran dan Hadith dan berunsur maksiat gugur kewajipan untuk ditaati. Sebagai contoh seorang gadis ingin dijodohkan dengan seorang lelaki Ibu dan bapa harus Istiqraroh kepada Allah terlebih dulu. Jadi perintah dikeluarkan tidak berdasarkan syariat maka akan hadir unsur syak dalam diri ibu bapa dan juga anak gadis tersebut. Islam tidak menganjurkan perbuatan “GAMBLE” besar risikonya. Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan telah menggariskan 5 kriteria utama umat Islam yang berkualiti:
1) Mu’ahadah
2) Muraqabah
3) Muhasabah
4) Mu’aqabah
5) Mujahadah
Untuk keterangan lebih lanjut tentang terma-terma diatas bolehlah cari Berita Harian 20 Oct 2008 atau cari kat internet je.
Hadith Riwayat Tarmizi
Hadasana Ibnu Abi Umar dan Nosru ibnu Ali dan Saie’d ibnu Abdirrohman berkata Abdirrohman menceritakan Sufian dari Zuhri dari Muhammad ibnu Khubair ibnu Mutie’m dari Abih berkata Abih Bersabda Rasullullah S.A.W: "TIDAK AKAN masuk pada syurga orang yang memutus”. Berkata Ibnu Abi Umar berkata Sufian: “Bahawasanya yang dimaksudkan oleh Rasullullah memutus pada keluarga”
Keluarga itu adalah asas struktur masyarakat bukan sahaja dalam Islam malahan mana-mana Negara di seluruh dunia ni. Tapi biasa kita lihat terutama dalam filem Hindustan yang mudah memutuskan ikatan kekeluargaan hanya kerana si anak berkahwin dengan wanita yang tidak berkenan di hati kedua orang tua si hero. Nauzubillah…terkadang tidak sedar pengaruh televisyen itu menusuk masuk kejiwa kita. Lantas timbul rasa penerimaan dan kenormallan terhadap perihal memutuskan tali kekeluargaan yang hakikatnya TIDAK BOLEH diterima lansung.
Hadith Riwayat Tarmizi
Hadasana Ahmad ibnu Muniq menceritakan Yazid ibnu Harun menceritakan Shodakoti ibnu Musa dari Farkhodassabahiyyi dari Murrthotthoyyibi dari Abi Bakar As-Siddiq dari Nabi S.A.W bersabda baginda: "TIDAK AKAN masuk pada syurga orang yang menjadi batu api dan tidak akan masuk kedalam syurga orang yang mengungkit-ungkit dan tidak akan masuk kedalam syurga orang yang kedekut. ”
Kedekut ini adalah dalam perbuatan-perbuatan ibadah seperti bershodakoh, infaq, zakat dan sebagainya. Dan bukannya suka membeli barang murah atau berkira-kira dalam hal berbelanja. Kalau salah teguran amat di alu-alukan.
Banyak lagi hadith-hadith yang aku nak taruk tapi masa agak suntuk. Di masa depan aku akan update. Semua orang nak masuk syurga tapi kalau difikirkanlah secara logik buat perbandingan amalan-amalan kita dengan para sohabat, tabiin tabiahum dan para pejuang agama yang TULEN sungguh jauh berbeza sekali. Itu pun masih berjuta-juta yang belum confirm syurganya. Ala boleh la dieorang orang zaman dulu…betul tapi barang diingat kaum yang berfikiran begitu sesungguhnya telah termaktub agam Islam in sesuai sepanjang zaman. Jadi adakah anda nak menolak barang HAQ dan jadi golongan seperti hadith pertama tadi?..Yang kita kejar keredhaan Allah S.W.T amalan tidak menjamin syurga tapi cuma bukti ketakwaaan kita pada Yang Maha Esa. Jika terus berfikiran umpama katak bawah tempurung maka jangalah menyesal bila di hari kiamat nanti destinasi anda seterusnya ialah tempat yang panas dan penuh siksa.
Aku di sini bukan sebagai penghukum, sekadar menyatakan pendirian dan ideaku semata-mata.Kebenaran kita singkap dan kekurangan kita baiki…
Barakallahufikum.





No comments:
Post a Comment