Ni ayat aku petik dari filem Matrix dibisikkan oleh Agent Smith ketelinga Morpheus semasa dalam tahanan. Jadi semua orang yang hidup pernah merasa perubahan. Yang sekolah tinggi atau pun tidak atau dah sekolah tinggi tapi masih berfikiran macam budak sekolah menengah. Sukakan hiburan, suka belagak otai tapi depan awek leleh beb…“Saya sebenarnya baik tapi saje suke tunjuk jahat” Bagus..inilah kot yang die faham apa yang Rasullullah SAW tuntut. Maaf agak emosi.
Jadi fokus aku kali ini ialah tentang kebebasan berfikir. Apakah yang korang faham tentang kebebasan berfikir? Mungkin ramai tak nak ambik tahu sebab yang lebih main stream nye zaman sekarang ni ialah kebebasan bersuara. “Freedom of speech” sape tak suka berkata-kata sesuka hati tapi barang diingat…
Hadith Riwayat Tarmizi
Hadasani Abi dari Jaddi dari Abi Ghuroiroh berkata Abi Ghuroiroh ditanya Rasullullah SAW: "Dari lebih banyak apakah apa-apa yang memasukkan pada manusia dalam syurga?” Barsabda Rasullullah SAW: “Takwa kepada Allah SWT dan baiknya budi pekerti dan ditanya dari banyaknya apa-apa perkara yang memasukkan manusia ke neraka. Bersabda Rasullullah: “Mulut dan kemaluan"
Makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap. Berhati-hatilah dengan lisan. Dan jauhilah zina kerana ia adalah seburuk-buruknya jalan.
DR. Mohd. Asri Zainul Abidin dalam temuramah beliau dalam Utusan Malaysia 28 Nov yang lalu ada menyentuh tentang kebebasan berfikir ini. Ada yang tak kenal siapa beliau? Standard la tu Mufti siapa nak kenal….aku pun tak kenal siapa Mufti Selangor. Oh shame on me…Beliau adalah mantan Mufti negeri Perlis dan sekarang beliau adalah seorang pensyarah Pengajian Islam di USM. Petikan dari temuramah tersebut:
Dalam sejarah kegemilangan Islam mencatatkan Imam Abu Hanifah lahir denga ketokohannya. Kemudian lahir pula Imam Malik. Tidak pernah umat Islam pada ketika itu mempertikai siapa Imam Malik? Kemudian lahir pula Imam Shafie yang menuntut dengan Imam Malik yang turut memberikan pandangan berbeza-beza. Tidak pernah juga Umat Islam ketika itu mempertikaikan mangapa Imam Shafie mahu memberikan pandangan sedangkan mereka sudah ada Imam Malik. Malah umat Islam ketika itu juga tidak pernah menyatakan semua sarjana itu salah. Bahkan mereka mengatakan semua sarjana itu memakmurkan dunia Islam dengan pemikiran mereka.
Di Malaysia, masalah yang besar ialah apabila golongan agama kadang-kadang tidak tahu sesuatu perkara tetapi mengambil tindakan berani dengan melarang orang lain berfikir. Apabila mereka memberi pendapat dan orang lain bertaya seolah-olah dijawab “jangan bertanya, barang siapa bertanya maka lemahlah imannya.”
Sedangkan dalam Al-Quran sendiri pun menekankan kepentingan bertanya seperti suroh al-Baqaroh ayat 219 yang bermaksud
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) menganai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.” Apakah yang mereka belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “(Dermakanlah) Allah menerangkankepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.”
Kemudian kita pula menegaskan Islam itu adalah agama Ilmu, agama yang menyuruh umatnya menuntut ilmu dan agama yang membela ilmu. Dimana sebanarnya? Kita tidak pernah kenal Islam versi yang seperti ini pada zaman Nabi Muhammad SAW. Malainkan nabi mangharamkan soalan-soalan bodoh, soalan-soalan yang tidak ada manfaat. Tapi benda yang member manfaat dibenarkan.
Begitulah adanya petikan temuramah dengan DR. Mohd. Asri Zainul Abidin dalam Utusan Malaysia jumaat lepas. Ada juga beliau memberikan komen tentang fatwa Yoga. Kata beliau “Bila orang lain bagi pandangan dalam isu yoga misalnya, tetapi pandangan itu juga berasaskan alasan-alasan yang munasabah, kita boleh memakmurkan medan pemikiran ilmiah. Orang akan melihat keterbukaan Islam dan tokoh-tokoh Islam bila berbincang masing-masing mengemukakan alasan dan fakta yang bernas. Yang menjadi masalahnya apabila kita membuat keputusan, sesiapa pun tidak boleh menyanggah keputusan itu. Tidaklah kita sentiasa menghalang pandangan kedua. Kalau pandangan pertama itu salah bagaimana?.
Perbincanagan ilmiah yang makmur dalam bentuk bermanfaat dan harmoni patut digalakkan. Baru orang bukan Islam (Buddha,Hindu dll) melihat Islam itu hebat, semua pemikirnya memberi pandangan dari sudut kematangan ilmiah.
Begitulah tadi idea beliau. Aku sangat suka. Ingatlah perbincangan ilmiah bukan berdebat cari salah cari pemenang. Tapi kita menyelongkar gedung ilmu supaya tersuluh kebenaran dalam kekalutan pandangan para manusia yang pelbagai gaya fahaman dan pegangannya.
Hadith Riwayat Ibnu Majah
Hadasana Hisham ibnu Umar sana Haofsu ibnu Sulaiman sana Kastiru ibnuShinthir dari Muhammad bin Sirin dari Anas ibnu Malik bersabda Rasullullah SAW: "Mancari ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang muslim!"
Semua tahu kepentingan mencari ilmu tak payah nak diterangkan lagi namun pada era moden ini adalah menjadi salah ideolaogi bahawa ilmu itu dituntut supaya untuk mudah mendapat kerja. Memanglah ilmu-ilmu disekolah itu semua menjadi bekalan dan persiapan untuk menempuh alam pekerjaan. Namun adakah ini ilmu yang dituntut oleh Rasullullah SAW.
Penjelasannya seperti dibawah.
Hadith Riwayat Abu Daud
Hadasana Abdurrohman ibnu Ziyad dari Abdirrohman ibnu Rhofie’qittannukhi dari Abdillah ibnu Umar ibnu A’s sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda nabi: "Ilmu itu 3 perkara dan apa-apa selain demikian itu tiga maka ia selain keutamaan Ayat-ayat yang menghukumi atau sunnah yang tegak atau ilmu pembahagian harta waris yang adil.”
Jika dirujuk pada hadith ini maka jelaslah bahawa ilmu-ilmu agama bukanlah hak milik eksklusif orang-orang agama. Ilmu-ilmu dari tafsir Al-Quran, hadith-hadith Rasullullah SAW dan Faroid sebenarnya merupakan sesuatu yang essential dalam kehidupan seorang muslim.
Marilah saudara-saudara menganjakkan pemikiran kearah keterbukaan berbatas. Aku di sini bukan sebagai penghukum, sekadar menyatakan pendirian dan ideaku semata-mata.Kebenaran kita singkap dan kekurangan kita baiki…
Barakallahufikum.






No comments:
Post a Comment